Kerajaan Sabah akan membuat rayuan sekiranya kerajaan persekutuan mahu menangguh atau tidak meneruskan mana-mana projek belum bermula terutama melibatkan projek pembangunan.<br /><br />Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini kerana sabah pada masa ini memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunkan negeri terutama melibatkan pembangunan infrastruktur awam bagi memberi keselesaan kepada rakyat.